Salahuddin yang juga MP Pulai meminta calon BN, Wee Jeck Seng menyatakan pendiriannya sekiranya beliau bersetuju dengan ucapan seorang pemimpin daripada parti agama yang memberitahu bahawa Wee sebagai kafir zimmi, manakala bukan Islam di pihak lain sebagai kafir harbi.
emalam dalam satu ceramah BN di Tanjung Piai ada penceremah di bilik gerakan BN mengatakan bahawa calon yang kita sokong ini iaitu MCA, adalah kafir zimmi, dan menuduh pula yang bukan Islam di pihak lain sebagai kafir harbi," katanya.
Bagaimanapun, Salahuddin tidak menyebut nama parti yang dimaksudkannya itu.
"Adakah kita suka dengan ucapan itu? Saya nak tanya Wee Jeck Seng adakah dia gembira dengan kenyataan sebegitu?
"Jadi, itu yang saya peringatkan supaya jangan ada ucapan-ucapan seperti ini bermain dalam negara kita dan akhirnya esok akan menyebabkan negara kita tidak lagi aman dan timbulnya isu takfiri," tambahnya.
Sementara itu, Salahuddin juga mendakwa terdapat parti agama yang terus memainkan isu-isu perkauman.
"Kalau tak ikut kumpulan kami, kamu nanti munafik, kamu akan mati masuk neraka, ini berlaku negara kita dalam hari ini. Ini ideologi parti itu," katanya lagi.
Salahuddin turut mengimbas ucapan Najib Razak sewaktu menjadi ketua pemuda Umno pada 1987.
"Saya memperingatkan bahawa beberapa bulan sebelum menjelang Ops Lalang tahun 1987, pergerakan pemuda Umno yang dipimpin oleh Najib Razak waktu itu, berucap "basahkan keris dengan da