Wanita dipenggal antara tiga maut dalam serangan di Perancis

KiniTV 2020-10-30

Views 22.1K

Seorang wanita dipenggal dan dua yang lain terbunuh dalam apa yang dikatakan pihak polis sebagai serangan pengganas pada Khamis, 29 Oktober di sebuah gereja di bandar Nice, selatan Perancis.

Penyerang digambarkan memegang pisau dan menjerit "Allahu Akbar", dan segera ditahan setelah ditembak polis.

Serangan hari Khamis pada hari ulang tahun Nabi Mohammad itu, dikecam oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menyeru perpaduan rakyat bersama-sama umat Katolik di negara itu.

Share This Video


Download

  
Report form