Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve berkata, masjid di Lagny-sur-Marne itu ditutup hari ini selepas polis menjumpai dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas.
Bercakap kepada pemberita di sini, Cazeneuve berkata, pihak berkuasa minggu lalu menutup dua buah masjid, masing-masing di Gennevilliers, barat laut Paris dan Lyon di tenggara ibu negara Perancis, tindakan pertama seumpamanya diambil untuk menutup rumah ibadat.