Nyanyian dan tarian tradisi di acara-acara keramaian memang merupakan antara budaya penting di kalangan masyarakat Sabah yang berbilang etnik.
Kebudayaan yang unik itu juga turut diraikan sewaktu tempoh berkempen di pilihan raya negeri Sabah kali ini.
Di Malalap hari ini, penduduk kampung turut sama-sama menari dan menyanyi ketika calon UMNO, Jamawi Jaafar datang berkempen di kampung mereka.
Manakala di Papar, calon Perikatan Nasional di DUN Kawang, Gulam Haidar Khan menyampaikan sebuah lagu di sebuah acara yang turut dihadiri Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor.