Calon Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Mohd Yunus Apil bagi DUN Tanjong Papat Pilihanraya (PRN) Sabah ketika membuat program tinjau mesra (walkabout) di Pasar Umum Sandakan pagi ini cuba mendekati peniaga-peniaga dan orang awam di situ.
Ketika dia mendekati peniaga-peniaga ikan di sana, dia meminta mereka untuk bersorak 'Hidup USNO' memandangkan para media sedang mengambil gambar dan videonya.
Namun selepas peniaga-peniaga ikan itu bersorak 'Hidup USNO', mereka bersorak 'Hidup Ikan' ketika Yunus Apil telah berjalan pergi.
DUN Tanjong Papat menyaksikan pertandingan sebanyak 7 penjuru iaitu Chung Yu Seng (PCS), Datuk Frankie Poon (WARISAN), Ken Yong Chie Man (PN-SAPP), Noraini Sulong (BEBAS), Jamal Ali (PPRS), Mohd Yunus Apil (USNO), Lam Jin Dak (LDP)