Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyifatkan apa yang berlaku ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali umpama kisah burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman di dalam Al-Quran.
Kisah berkenaan menceritakan bagaimana burung hud-hud tidak mengikut arahan Nabi Sulaiman untuk mencari sumber air.
Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama PAS Perak Sabtu lalu, Hashim memetik kisah dalam Surah An-Naml itu dengan mengatakan keingkaran burung hud-hud itu menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.
Sumber visual: https://www.facebook.com/watch/live/?v=829441120925388&ref=watch_permalink
Hashim berkata demikian ketika mempertahankan menteri tersebut yang kini disiasat polis kerana melanggar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari Turki.