Tema perpaduan ummah yang akan diangkat dalam projek kerjasama UMNO dan Pas tidak akan ditukar kepada perpaduan nasional seperti khabar angin yang tersebar, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Nama piagam yang akan menjadi kejutan akan diumumkan 14 September ini, tema perpaduan ummah itu kekal.
Dia mengambil contoh perkataan UMMAH adalah dari Nabi Muhammad SAW orang pertama yang menggunakan perkataan ummah dalam Piagam Madinah kerana ummah sudah membawa maksud semua kaum.
Malaysiakini melaporkan, menurut sumber, penggunaan kalimah "ummah" akan ditukar kepada nasional kerana ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata.
Sedangkan, katanya, kerjasama tersebut dibina dengan merangkumi rakyat Malaysia berbilang kaum.
Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baharu bagi piagam kerjasama UMNO dan PAS yang akan dimeterai pada 14 September nanti.