Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa Agong dan Perdana Menteri juga menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebelum ini.
Menjawab soalan tambahan daripada Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR - Setiawangsa), Noor Azmi berkata, oleh itu tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang tersebut terutamanya apabila melibatkan nyawa manusia.
“Berkenaan SOP yang dilanggar ini, ‘there is no one above the law’. Sebab undang-undang yang dibuat ini bukan untuk mendera sesiapa tetapi undang-undang ni dibuat untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan nyawa manusia - khususnya di negara kita ni.
“Jadi kalau kita lihat semasa Covid-19 ini, malah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan YAB Perdana Menteri sendiri telah melalui fasa HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah) iaitu kuarantin di rumah dan siapa saja yang melanggari sekarang ni kita kenakan kompaun RM1,000,” katanya di Dewan Rakyat hari ini sewaktu sesi waktu pertanyaan menteri.