Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.
Ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.