'Masa jadi Menteri Kewangan dulu tak bantu pun!'

KiniTV 2020-08-13

Views 37

Sesi Dewan Rakyat petang ini sedikit tegang ketika bekas menteri kewangan Lim Guan Eng membahaskan isu lanjutan moratorium.

Ketika Lim menggesa supaya kerajaan melanjutkan moratorium untuk tempoh enam bulan lagi, Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mencelah dan mendakwa Lim tidak memberi bantuan ketika memegang jawatan menteri.

Ahli parlimen pembangkang kemudian meminta Tajuddin supaya tidak mencelah dan timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon kemudiannya mengarahkan supaya Tajuddin duduk.

Share This Video


Download

  
Report form