Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak boleh mengambil mudah mengenai kejatuhan ringgit berbanding dolar AS.
Loke berkata, kejatuhan nilai ringgit mempunyai implikasi besar antaranya kos impot akan terus meningkat dan menyumbang faktor kepada inflasi yang lebih tinggi.
Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/lokesiewfook/videos/1224562914774284