Kerajaan memberi jaminan membela nasib rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di Singapura akibat pandemik Covid-19, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.
Saravanan berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Tenaga Manusia Singapura bagi membincangkan jalan penyelesaian terhadap kira-kira 400,000 pekerja Malaysia di negara itu.
Beliau menjawab soalan tambahan P Prabakaran (PH-Batu) mengenai usaha kerajaan membantu rakyat Malaysia yang hilang mata pencarian di Singapura berikutan penguncupan ekonomi republik itu disebabkan impak pandemik Covid-19.