Bekas anggota Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, menggesa ahli Parlimen Titiwangsa Rina Harun menjelaskan mengapa dia tidak bersuara mengenai isu penduduk di kawasannya.
Menurut Syed Badli Shah Syed Osman, beberapa hari lalu 110 penduduk di Kampung Baru telah melakukan bantahan terhadap rancangan pembangunan semula kawasan itu.