Calon presiden Demokrat Joe Biden dan bekas presiden Barack Obama mengecam cara Presiden Donald Trump menangani wabak Covid-19 dalam sebuah video yang disiarkan pada hari Khamis,
Biden yang merupakan naib presiden ketika pemerintahan Obama, duduk menghadap bekas presiden itu untuk sebuah perbualan bersama dalam keadaan penjarakan sosial.
Kedua-dua mereka memuatnaik video tersebut di akaun Twitter, di mana Obama mempunyai pengikut seramai 120.8 juta, yang paling tinggi di platform itu.
Laporan oleh Reuters.