Rakyat Malaysia mesti terus mengamalkan penjarakan sosial selama sekurang-kurangnya enam bulan selepas tamatnya tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memastikan pandemik Covid-19 benar-benar dapat dihapuskan.
Perkara itu dibangkitkan penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai kesihatan awam, Dr Jemilah Mahmood dalam perbincangan yang dikendalikan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, disiarkan secara langsung di Facebook tengah hari tadi.
Khairy bertanyakan soalan sama ada keadaan akan kembali normal seperti sebelum PKP dikuatkuasakan, atau akan wujud keadaan “normal baru” di kalangan masyarakat.