Tiada kenaikan tarif air buat masa ini, jamin Menteri

KiniTV 2020-07-21

Views 15

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif air ketika ini sewaktu rakyat masih terbeban dengan kesan Covid-19.

Selain itu katanya sebarang semakan tarif air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa hadapan akan dibuat dengan mengambilkira kepentingan semua pihak

Beliau menjawab soalan Hasanuddin Mohd Yunos (PH-Hulu Langat) sekiranya kerajaan dapat menjamin tarif air di Lembah Klang tidak naik selepas kerajaan menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor untuk mengelakkan bebanan pengguna.

Share This Video


Download

  
Report form