Kerajaan masih belum melaksanakan sebarang pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baharu dengan menggunakan peruntukan kerajaan ketika ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata setakat 1 Mac 2019, sebanyak 45 kamera telah beroperasi iaitu 29 kamera peraturan had laju dan 16 kamera peraturan lampu isyarat di Semenanjung Malaysia.