Umno dan PAS tidak teragak-agak akan menolak rancangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Noh Omar (Umno-Tanjung Karang) berkata bahawa Umno Selangor menolak sebarang percubaan bagi melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.
Noh yang juga pengerusi Umno Selangor menjelaskan bahawa cadangan pilihan raya PBT itu merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) dan bukannya lahir dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).