Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan Pemuda Umno negeri itu bahawa hasil surcaj air dikreditkan ke Pejabat Ketua Menteri.
Tegas Lim, mustahil pejabatnya boleh menerima kredit daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memandangkan ia disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia serta terikat dengan birokrasi kewangan yang begitu ketat.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
Turut hadir, Pengurus Besar PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa.
Lim mengulas memetik dakwaan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim dalam Umno Online pada 13 Jun lalu.