Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong

KiniTV 2020-07-15

Views 11

Presiden Donald Trump pada Selasa menandatangani perintah eksekutif untuk melucutkan status khas Hong Kong di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS), ketika pertikaian antara Washington dan Beijing kian memuncak.


Trump turut menandatangani Undang-Undang Autonomi Hong Kong, yang sebelumnya telah diluluskan Kongres, antara lain memberi mandat kepada kerajaan untuk mengenakan sekatan ke atas bank yang menjalankan perniagaan dengan mana-mana individu yang ditetapkan di bawah akta itu.


Langkah itu diambil berikutan keputusan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan Hong Kong yang mencetuskan kontroversi.

Share This Video


Download

  
Report form