Mahfuz Omar memaklumkan beliau masih tidak dapat merancang perjalanannya ke Kuala Lumpur untuk sidang khas Parlimen pada 26 Julai depan kerana mendakwa ahli-ahli Parlimen belum mendapat maklumat mengenai sidang itu.
Dalam program bual bicara yang disiarkan di Facebook Amanah Kedah malam tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata maklumat mengenai sidang khas Parlimen itu dijangka hanya akan diberikan hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/amanahnegerikedah/videos/234071315221266