Timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon hari ini memberitahu Hannah Yeoh (DAP-Segambut) untuk tidak meneruskan soalannya kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Rina Harun atas alasan sesi Dewan Rakyat bukan satu perbahasan.
Terdahulu, Hannah bertanya kepada Rina mengenai tindakan kerajaan mengatasi isu warga asing khususnya pelarian yang dihalau keluar daripada tempat tinggal dan premis perniagaan berikutan larangan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk golongan ini menjalankan perniagaan.