Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh telah berjaya mengelakkan peningkatan kes harian Covid-19 secara mendadak, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini, beliau berkata langkah itu terbukti berhasil apabila sistem kesihatan masih mampu menampung kes-kes baharu di samping mencatat jumlah pesakit sembuh yang tinggi.