Bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim perlu memberi fokus kepada isu dalaman sebelum ingin menjadi perdana menteri.
Zuraida berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Asia Pacific Conference of Young Scientist 2019, berhubung tindakan PKR memecat beberapa pemimpin parti yang dianggap sebagai penyokong setianya dan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali