Macam mana Anwar nak jadi PM, tapi tak ada sokongan majoriti? - Razlan

KiniTV 2020-02-14

Views 1

Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii mempersoalkan kemungkinan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri di saat beliau dilihat tidak mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Razlan berkata, Anwar malah tidak disokong sebahagian anggota parlimen partinya sendiri.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana mungkin Anwar akan mendapat sokongan majoriti untuk diangkat menjadi perdana menteri dengan tidak mendapat majoriti di Parlimen

Katanya, ia bukan isu jangka masa untuk peralihan kuasa berlaku, tetapi kegagalan PKR selaku parti terbesar dalam PH untuk mencapai konsensus.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang mengakui "sebilangan kecil dari PKR", selain PAS dan Umno, bertindak mendapatkan tandantangan sebagai tanda sokongan agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal ini.

Share This Video


Download

  
Report form