'Azmin Ali, kamu buat keputusan jika mahu bekerja dengan kami' - KM Penang

KiniTV 2020-05-05

Views 22.3K

Ketua Menteri Chan Kon Yeow meminta Menteri Kanan Azmin Ali untuk menghormati kerajaan-kerajaan negeri sebagai rakan strategik kerajaan pusat untuk pemulihan ekonomi dan bukannya dengan memberi ugutan.

Menurutnya, kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk membuka semula sektor ekonomi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri terdedah kepada tindakan undang-undang pihak industri jika ekonomi tidak dibenar dibuka semula bawah PKPB yang diputuskan oleh pusat.

Share This Video


Download

  
Report form