Azmin: Perjanjian lupus kerana pusat mahu rampas tanah

KiniTV 2015-08-07

Views 0

Menteri Besar, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan persekutuan lupus secara automatik apabila kerajaan pusat cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah Selangor.

Menurut Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum ini hanya membabitkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan persekutuan, dan bukannya membabitkan tanah.

Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan BN itu tidak selaras dengan semangat perjanjian.

Share This Video


Download

  
Report form