Pasukan bersenjata Kurdis berjaya mara menghampiri kubu kuat kumpulan militan Negara Islam (IS) di utara Iraq, sekali gus dilapor mematahkan kepungan IS ke atas sebuah gunung yang menjadi kawasan penempatan kabilah Yazidi dan sekumpulan pejuang Kurdis yang terperangkap di situ selama berbulan-bulan.
Kemaraan pasukan bersenjata Kurdis itu dilaporkan ketika sumber Pentagon mendakwa beberapa pemimpin utama militan IS terbunuh dalam serangan tentera udara Amerika Syarikat ke atas kubu IS sejak beberapa minggu lalu.