Disangka masih hidup, rupanya bayi ditemui sudah meninggal dunia

KiniTV 2020-04-27

Views 1.1K

Lebih kurang jam 10 pagi semalam , pihak polis menerima panggilan telefon dari orang awam yang menyatakan terjumpa bungkusan beg kertas yang di tinggalkan di tepi jalan raya di Seksyen 6 Wangsa Maju Kuala Lumpur

Hasil semakan lanjut pengadu, didapati di dalamnya mengandungi bayi yang dibalut dengan kain

Hasil maklumat ini, sepasukan polis dari IPD Wangsa Maju telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama bantuan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, hasil siasatan awal pegawai perubatan HKL mengesahkan bayi perempuan tersebut yang dalam keadaan cukup sifat telah meninggal dunia ketika ditemui .

Share This Video


Download

  
Report form