Muhyiddin Yassin merupakan pengkhianat sebenar kerana mendapat banyak keuntungan selepas terlibat dalam Langkah Sheraton, kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pejuang itu juga menyatakan kekesalannya apabila Presiden Bersatu itu disifatkannya 'masih belum bertaubat', walaupun selepas turut dikhianati rakan politiknya daripada Umno.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang menafikan bahawa dia adalah pengkhianat seperti yang didakwa bekas pengerusi Bersatu itu.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=667184645014011