Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perlu ada pelan strategik sebelum membenarkan pelajar IPT pulang ke kampung masing-masing.
Katanya pelan itu penting supaya mereka tidak berpusu-pusu pulang ke kampung dan menyebabkan himpunan ramai.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Menteri Pertahanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedia mempertimbangkan rayuan ibu bapa supaya membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih tinggal di kampus untuk pulang ke kediamanan masing-masing.