Saringan secara berkala akan dijalankan di institusi pengajian tinggi (IPT) sebaik kampus dibuka secara berperingkat bermula Rabu ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad berkata, langkah itu bagi memastikan penuntut yang akan memulakan pengajian berada pada tahap kesihatan terbaik.
Noraini berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru).