Bilangan kes yang pulih dari wabak Covid-19 hari ini melebihi kes jangkitan baru iaitu sebanyak 119 kes.
Jumlah keseluruhan pesakit yang telah pulih setakat ini adalah sebanyak 2,766 orang atau sebanyak 53.4%.
Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 110 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 5,182 kes.
Satu lagi kes kematian turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di Malaysia sebanyak 84 kes.