COVID-19: 125 kes baru hari ini catat jumlah 553 kes

KiniTV 2020-03-16

Views 744

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan Malaysia mencatat 125 kes baru Covid-19 hari ini.

Adham berkata jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan positif sebanyak 553 kes.

Sementara itu, 12 pesakit berada di unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau juga dilaporkan berkata 95 daripada 125 kes baru berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Berdasarkan perkembangan mutakhir, jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan di ICU juga meningkat sekali ganda daripada enam orang semalam ke 12 orang pada hari ini.

Semalam, jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat hampir sekali ganda dalam masa 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 428 kes dengan peningkatan 190 kes baru.

Share This Video


Download

  
Report form