Pelarian Rohingya terpaksa berlapar sepanjang tempoh PKP

KiniTV 2020-04-07

Views 67

Selayang menjadi kawasan tumpuan sepanjang perkembangan penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia berikutan kewujudan kira-kira 7000 orang pelarian Rohingya di kawasan itu.

93 orang warga Rohingya daripada kawasan ini dilaporkan telah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Walaupun kesemua mereka telah disaring dan tiada yang disahkan positif Covid-19, komuniti Rohingya di sini menghadapi satu lagi masalah iaitu kekurangan bekalan makanan.

Syazwana Amir mempunyai ceritanya.

Share This Video


Download

  
Report form