Anak kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir merakam aksi ayahnya yang sedang fokus memandu kereta dan memuat naik video tersebut di instagram miliknya.
Video yang berdurai 12 saat itu memaparkan Dr Mahathir masih mampu memandu kereta dipercayai kereta Proton X70 walaupun umurnya sudah mencecah 93 tahun.
Video itu juga dipercayai diambil ketika mereka mahu menghadiri Majlis Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang akan disempurnakan oleh Dr Mahathir sendiri di Pusat Konvesyen Antarabangsa Langkawi (LICC), Kuah Langkawi, Kedah