Seorang pemandu dirakam tertidur ketika kereta Tesla yang dipandunya sedang memecut di sebuah lebuh raya di Amerika Syarikat.
Rakaman kejadian itu dimuat naik oleh Dakota Randall di akaun Twitter ketika ternampak lelaki itu memandu di Massachusetts.
Video itu menunjukkan dia terlena dengan kepalanya menunduk manakala kedua-dua tangan langsung tidak memegang stereng manakala penumpang wanita di sebelah turut tertidur.
Video tersebut tular di laman sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan terbabit.