Menteri lancar kempen #speakout tegur perokok dengan berhemah

KiniTV 2020-01-07

Views 181

Orang ramai diminta bersuara untuk menyatakan hak mereka dalam mendapatkan persekitaran bebas asap rokok dengan menegur perokok secara berhemah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang membuat gesaan itu berkata, langkah itu mampu membantu usaha kerajaan melahirkan rakyat sihat dan persekitaran negara yang sejahtera.

“Jadi suara golongan bukan perokok ini penting kerana ia dapat mengurangkan kemudaratan kesan asap rokok yang dianggar menyebabkan 20,000 kematian setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen 'Speak Out: Express Your Right' atau 'Suarakan Hak Anda' di Stesen Komuter KL Sentral semalam. Kempen akan berlangsung untuk tempoh lima tahun.

Share This Video


Download

  
Report form