Kereta terbang kena 'troll', menteri tegur sikap rakyat Malaysia

KiniTV 2019-03-08

Views 497

Sikap rakyat terhadap idea inovasi seperti kereta terbang menyebabkan negara gagal dihormati, kata Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof.Redzuan berkata jika dibandingkan di luar negara, rakyat mereka terbuka dengan pelbagai idea teknologi dari semua aspek, tetapi sebaliknya berlaku di Malaysia.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai idea memperkenalkan kereta terbang di negara ini yang dijadikan bahan lawak di media sosial.Ahli Parlimen Alor Gajah itu menjelaskan idea teknologi kereta terbang itu merupakan idea anak muda tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.Katanya antara manfaat yang dapat diperolehi dari teknologi kereta terbang tersebut adalah dari segi keselamatan, pengawasan, kecemasan dan pengangkutan ketika bencana alam seperti banjir.

Share This Video


Download

  
Report form