Prototaip kereta terbang dijangka akan dilancar seawal pada Oktober 2019, kata Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof.
Katanya, projek ini tidak melibatkan dana rakyat, dan ia merupakan inisiatif syarikat persendirian.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung status perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang.