MPB arah guna tulisan jawi tahun depan

KiniTV 2019-12-27

Views 2

Majlis Perbandaran Bentong hari ini mengumumkan semua premis perniagaan di bawah seliaannya wajib menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda dan papan iklan premis masing-masing.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, ia menyebut arahan itu akan berkuatkuasa bermula Jan ini.

“Pemilik premis yang gagal melaksanakan tulisan jawi boleh dikompaun sehingga RM250 bagi setiap satu kesalahan,” menurut kenyataan itu.

Bentong bukan daerah pertama mengeluarkan arahan sedemikian. Awal Disember lalu, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) turut mengeluarkan arahan sama yang berkuatkuasa mulai tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Fadzilla Salleh dilaporkan berkata pelaksanaan itu selaras dengan arahan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang ingin melihat penggunaan tulisan Jawi secara menyeluruh di negeri itu.

Share This Video


Download

  
Report form