Ummah desak henti polemik tulisan Jawi di sekolah vernakular

KiniTV 2019-08-06

Views 46

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) hari menggesa semua pihak segera menghentikan polemik bantahan terhadap rancangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Presiden Ummah, Aminuddin Yahaya berkata ini kerana isu tersebut bukanlah perkara baru dan ia telah digunapakai sejak abad kelima lagi.

“Tulisan Jawi ini sudah berada di negara ini sejak abad kelima lagi dan ini bukan perkara baru serta tidak seharusnya menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak.

“Sebab itu Ummah menegaskan menyokong penuh inisiatif ini dan merasakan polemik bantahan ini dapat dihentikan serta merta,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form