SD Azilah: Saya akan sumpah laknat Jumaat ini

KiniTV 2019-12-18

Views 5.4K

Bekas perdana menteri Najib Razak menyatakan hasratnya untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

Katanya dalam posting di Facebook, "Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

"Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini," katanya. 

Dalam SD yang menggemparkan itu, Azilah menceritakan bahawa arahan untuk membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah daripada Najib.

Share This Video


Download

  
Report form