Ketika ditanya berkenaan siasatan analisis forensik terhadap video seks yang mengaitkan Azmin Ali, Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri dalam negeri berkata setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang laporan dari pihak polis.
"Saya tak dapat lagi laporan terkini. Kena tanya IGP (ketua polis negara)," katanya semalam.
Ditanya kemungkinan adakah pihak berkuasa boleh mendapatkan jawapan sebelum akhir tahun ini, Muhyiddin berkata: "Tidak kiralah hujung tahun atau awal tahun 2020 pun."
Untuk rekod, pihak polis sudah menghantar video seks yang yang mengaitkan Azmin yang tular pada April lalu itu ke sebuah universiti di Amerika Syarikat bagi tujuan analisis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed sebelum ini berkata polis menjangka akan menerima dapatan analisis itu paling lewat akhir tahun ini.