Kementerian Pendidikan sedang menunggu maklumat daripad Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung dakwaan tinjauan kecenderungan seks yang dilakukan ke atas murid sekolah rendah di Nilai.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini pihak kementerian juga belum dapat memastikan jika insiden yang didakwa itu benar-benar berlaku.