'Scammer'Cyberjaya warga China sanggup terjun bangunan menyelamatkan diri

KiniTV 2019-11-22

Views 41

Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan satu sindiket 'online scam' melibatkan warga China dalam satu operasi di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, seramai 680 warga China ditahan.

Operasi dilakukan dengan kekuatan 150 pegawai penguat kuasa.

Turut dirampas 8,230 telefon bimbit, 174 komputer riba dan 787 komputer peribadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan pelaburan yang berpusat di China.

Katanya, sindiket mensasarkan mangsa dari negara terbabit dengan tawaran keuntungan lumayan dalam kadar segera.

Share This Video


Download

  
Report form