MKN sedang bincang benarkan kemasukan pekerja warga China

KiniTV 2020-07-03

Views 95

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang untuk membenarkan pekerja warga asing dari China masuk ke negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana China masih lagi sebuah negara berisiko tinggi.

"Buat masa ini kita masih menutup pintu sempadan negara kepada warga asing termasuk pekerja dan pelancong kecuali bagi ekspatriat kategori EP1, iaitu pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.

"China adalah sebuah negara yang besar, jadi kita sedang berbincang dalam MKN supaya kita boleh kategorikan kawasan di negara berkenaan kerana mungkin ada kawasan yang sudah dianggap hijau, merah dan sebagainya," katanya.

Share This Video


Download

  
Report form