Ismail Sabri hairan kenapa Khalid Samad tidak jawab isu Kg Baru

KiniTV 2019-11-01

Views 889

Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob mempersoal Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad kerana tidak menjawab soalan tentang Kampung Baru ketika sessi penghujahan di Parlimen.

"Mungkin strategi mereka tidak menjawab soalan," katanya kepada pemberita di lobi.

Minggu lepas, Khalid berkata beliau yakin pemilik tanah Kampung Baru akan bersetuju dengan tawaran kerajaan sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi untuk membeli tanah mereka untuk pembangunan semula.

Share This Video


Download

  
Report form