Menyentuh keadaan Azmin Ali cakap-cakap merancang menubuhkan parti baru apabila pergeserannya dengan Anwar Ibrahim kian meruncing, Setiausaha Agung UMNO Annuar Musa berpandangan sesiapa pun boleh menubuhkan parti baru.
Dia juga tidak terkejut jika hasrat itu akan direalisasikan oleh Azmin, namun mengatakan terlalu banyak parti politik ditubuhkan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.