Kerja perlu menyelaraskan undang-undang berkenaan kerja untuk pekerja asing bagi menangani kesannya terhadap gaji pekerja tempatan, kata pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.
Bekas penolong setiausaha agung PBB bagi pengembangan ekonomi berkata, sejak berdekad lalu, majikan lebih cenderung mengambil pekerja asing berbanding tempatan kerana gaji yang lebih rendah.
"Sentiasa lebih mudah untuk mendapat pekerja asing yang (sanggup) buat kerja dua kali ganda untuk gaji lebih murah, berbanding pekerja tempatan,” katanya dalam sidang media Laporan Pelaburan Dunia Persidangan PBB Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2009, di Mercu UEM, Kuala Lumpur semalam.
Jomo memberi contoh syif pengawal keselematan warga asing yang sanggup bekerja 12 jam sehari selama tujuh hari - iaitu 84 jam seminggu - berbanding pekerja tempatan yang biasanya bekerja 40 jam seminggu.
Jika tiada penyelarasan peraturan (kerja) terhadap pekerja asing ini, kita akan berdepan keadaan di mana pekerja tempatan akan ada masalah. Ini (gaji rendah pekerja tempatan) ialah kesan tidak langsung kehadiran pekerja asing," kata penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu.